Pages

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday 10 November 2013

Kenapa perlu HIJRAH?




Syukur الحمد لله‎ kerana Allah telah memberi kesempatan kepada kita untuk
merasa kenikmatan berada di Tahun Baru Hijrah 1435.


Hijrah? Ada apa dengan HIJRAH?


Hijrah berkait rapat dengan peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah dan juga merupakan tarikh permulaan pengiraan tahun Islam. Semua tahu mengenainya. Namun dalam konteks HIJRAH itu sendiri memberi kita peluang dan iltizam perpindahan dari sifat yang biasabiasa menjadi luarbiasa. Menjadikan seseorang itu lebih dekat dengan Pemilik cintaNya.Subhanallah. Jika kita amati banyak perkara yang kita lihat sebagai Hijrah. 


Seorang yang tidak bertudung atau tidak sempurna dalam penutupan auratnya telah berubah kepada berjilbab. Adakah ini dikatakan Hijrah? 


Ya, ini adalah HIJRAH!


Meninggalkan segala tabiat buruk termasuk meninggalkan kekasih hati yang dipuja selama ini kerana menyedari there's no couple before Nikah?


Yes, that is HIJRAH!


Jika sebelum ini hatinya tidak terpaut dengan masjid dan majlis-majlis ilmu, namun kini langkahnya diperhebatkan demi menuju kebahagian yang hakiki?


Kuasa HIJRAH sangat hebat!

Dan, HIJRAH juga adalah sunnah para nabi :)


Namun ianya tidaklah semudah yang disangka.


7:16 7:17
“Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan arah belakang mereka, dari arah kanan dan dari arah kiri mereka, Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)”

( Surah Al-A`raf:16,17 ).




Strategi serangan mereka ialah:

1. Dari hadapan - tentang urusan akhirat. <-- gunakan senjata ampuh zikirullah
2. Dari belakang - tentang urusan duniawi. <-- gunakan akal yang waras dan fitrah insan suci sejati.
3. Dari kanan- tentang urusan agama ( kebaikan ). <-- gunakan ilmu berlandaskan wahyu Ilahi (al-Quran ) dan hadis nabi saw.
4. Dari kiri- tentang urusan dosa ( keburukan ). <-- gunakan istighfar dan taubat nasuha.

Apa pun bentuk serangan dan dari sudut manapun ia dilakukan, tujuannya ke atas anak Adam hanya satu iaitu untuk melemahkan dan kemudian menewaskan mereka menjadi tawanan perangnya. Selepas itu manusia ini akan menjadi hambanya atau teman seiringan untuk bersama-sama masuk neraka nanti.

Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.

HAYATILAH AYAT AL-QURAN INI :


3:195

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik."

(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 195)



Jadi, MENGAPA PERLU BERHIJRAH?

TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.
 




No comments:

Post a Comment